PENULISANKU

...DIA PELANGIKU 1...

Hidup tak selalunya indah, kadang kala terasa duka, kadang kala bahagia hinggakan lupa kepada-Nya yang berkuasa. Indahnya sementara, dukanya berpanjangan sehingga tiada kesudahan. Apabila terluka baru tersedar dari segala mimpi indah yang palsu, yang tinggal hanya kekesalan yang tiada penghujungnya. Itulah manusia, yang tiada erti bersyukur atas semua yang tuhan kurniakan kepadanya.

            Begitulah hidup Kamilia, sentiasa dibelenggu dengan masa silamnya. Perasaan bersalah sentiasa berada di dalam dirinya. Kalau lah dulu dia seorang yang tahu bersyukur, tahu baik buruknya tidaklah akhirnya hidupnya begini. Apa yang mampu dilakukannya sekarang hanya termenung mengenangkan nasib yang akan menimpanya nanti. Namun di sebalik kerisauannya itu, dia masih menunggu seseorang yang mampu menerima dirinya seadanya.

“Mylia, akak ketuk pintu bilik kau sampai nak pecah dah pintu ni, kau buat apa? Tak dengar ke akak panggil”, soal Azlina housemate Kamilia.

Kamilia penuntut tahun ketiga dalam bidang Pertanian di Universiti Teknologi Mara di Selangor. Kamilia seorang yang bijak dan dikenali semua orang di situ termasuk pensyarah.Tahun ni adalah tahun akhirnya di Universiti. Harapannya selepas tamat belajar dia ingin berkerja dalam bidang pelancongan seperti yang di idam-idamkan selama ini. Melihat Negara orang yang salama ini dia hanya melihat di kaca tv. Mengenal budaya sesuatu Negara adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggunya selama ini.

“Hello Mylia, kau termenung apa ni, penat la akak nak layan karenah kau, dah jom nanti lambat pulak pergi class. Kau bukan tak tahu pensyarah kesayangan kau tu asyik membebel je 24 jam. Kita buat salah ke tak ke, sama je mood die, asyik nak marah-marah aje kerja dia. Patut laa tak kahwin-kahwin lagi, laki mana yang nak kalau mood tiap-tiap hari datang bulan”, bebel Lina.

“3 minit akak, nak pakai tudung kejap, akak tunggu kat luar dulu ke betulkan tudung akak ke”, jawab Mylia.

“Okey, akak tunggu kat luar, jangan lupa bawak pendrive, kejap lagi turn kita  buat perbentangankan? Ada jugak nanti kena halau dari class sebab terlupa pendrive tu”, Mylia hanya pengangguk perlahan dan melihat Azlina keluar dari bilikknya.

“Mylia, kuat semangat Mylia. Tinggal setahun je kau belajar kat sini, lepas ni kau bebas ke mana saja kau boleh pergi”, hati Mylia berbisik sendiri.

 *****************


“Aduh, lega rasanya lepas pembentangan tadi, rasa merdeka sekejap”, kata Lina selepas keluar daripada class.Mylia hanya mengikutnya dari belakang.

“Mylia, nak pergi mana lepas ni, jom pergi café. Lapar sangat ni, dah pukul berapa dah tak sarapan lagi aku ni. Mau gastrik aku datang balik kalau macam ni Jom ajak Zira dengan Qila sekali”, bebel Dania dengan logat utaranya.Dania adalah classmatenya dari semester 1 lagi.

“Kau ni makan je kerja, patut laa makin hari makin tembam macam pau”, Mylia bergurau dengan temannya. Itulah sifat Mylia dihadapan teman-temannya, seorang yang kelakar,periang namun disebalik hati yang periang masih ada lagi luka-luka lama yang masih belum sembuh. Nasib baik ada Lina, Zira,Qila dan Dania yang selalu ada disampingnya. Tidaklah Mylia terasa sunyi.

“Eh, agak-agak sikit muka macam ni punya lawa kau kata tembam”, balas Dania

“Aku dah cakap kau tak percaya yang kau dah gemuk, bajet slim laa tu. Kat umah sewa kerja dia asyik masak, makan, masak, makan. Nak tunjuk kehebatan dia masak konon. Last sekali kembang macan nie la, ni la hasil dia”, Qila mencelah. Semua ketawa mendengar celoteh Qila. Qila seorang yang pemalu, tetapi bila dia sudah buka mulut pasti akan buat orang lain ketawa.

“Hari ni nak makan apa ek?”, Tanya Lina

“ Makan nasi je la sekali ngan makan tengahari, jimat duit aku”,balas Zira.

“Kau tak cakap pun aku tau, berjimat la sangat.sekali pergi shopping lesap la duit yang kau jimat sangat tu”,Mylia mencelah,kawan-awan yang lain hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua.

Selepas membeli makanan mereka mencari tempat duduk paling hujung sekali di Café. Itulah tempat duduk mereka dari semester satu. Bukannya apa, Cuma mereka tak suka duduk di tempat yang agak bising.

“Lepas ni ada kelas ke?”, Zira memulakan bicara.

“Ada, kelas dengan En.Khairul”,balas Mylia laju.

“Eh, laju aje kau jawab kalau kelas En.khairul. Terang-terang nampak kau suka kat dia.”, yang lain hanya ketawa melihat Dania

“Mana ada, pandai-pandai je kau kan. Tak baik memfitnah, tapi suka la jugak”, Mylia ketawa, yang lain juga turut ketawa dengan jawapan Mylia.

“Tapi suka tak bermaksud sayang. Tak bermaksud cinta”, sambung Mylia lagi.

“Aku pun tak cakap kau sayang dan cinta kat En.khairul tu, yang kau perasan sangat kenapa”, Dania membalas, Mylia hanya malu sendiri.

“Dah jom pergi kelas, nanti lewat pula”,Lina mengajak kawan-kawannya.


No comments: